Bekam ialah satu proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu

Thursday 13 December 2012

MENGATASI MASALAH BANYAK ANGIN DENGAN BERBEKAM

 

Angin dalam badan – Sendawa tanda banyak angin dalam Badan

Badan Rasa Letih, Sering saki Kepala, hilang selera makan dan demam….
Adakah Ini cuma masalah biasa akibat dari kepenatan atau… Ianya Masalah Angin dalam Badan
Sebenarnya semua orang mempunyai angin di dalam badan dan masalah angin dalam badan ini selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Masalah tersebut boleh dirawat menerusi pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi.
Ada beberapa punca lain yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya terhad kepada pemakanan seperti kekacang.
Ramai pula yang mengaitkan masalah itu menjadi punca demam, stres dan hilang tumpuan kerja.
Menurut Pakar Perubatan dan Gastroenterologi, angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus. Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99 peratus gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan oleh gas atau angin di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria di dalam usus besar. Angin dari Bakteria ini terjadi adalah akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik.
Secara umumnya, penyakit atau masalah angin dalam badan adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang.
Walaupun tiada statistik sebenar, anggaran 30 hingga 40 peratus masyarakat mengalami masalah angin dalam badan iaitu minimum sekali dalam hidup mereka.
Realitinya, masalah angin dalam badan tidak menyebabkan kemudaratan teruk. Ia hanya perasaan tidak selesa dan kurang menyenangkan serta mengganggu kerja harian.
Seperti kebanyakan penyakit lain, angin di dalam badan sering dikaitkan dengan pemakanan, Justeru ia boleh diatasi dengan melebihkan makanan berzat serat (fiber), sayur-sayuran, buah-buahan dan senaman harian.
Selain itu, berurut, sauna, bersenam dan gaya hidup sihat dapat membantu mengatasi masalah stres.
Walaupun tiada bukti saintifik tetapi Terdapat kepercayaan amalan mandi waktu malam juga menjadi punca masalah tersebut.
Seseorang boleh mengesan dia mengalami masalah angin di dalam badan jika sentiasa sendawa dan mengalami kembung perut, Keadaan itu menyebabkan rasa kurang selesa, sakit dan seterusnya mengurangkan selera makan juga sakit kepala.
  
Dengan BERBEKAM  ia mampu mengatasi masalah angin dalam Badan kerana angin akan keluar bersama darah kotor anda...Insyallah

  

No comments:

Post a Comment