Bekam ialah satu proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu

Sunday 16 December 2012

MUNTAH BERCAMPUR DARAH SELEPAS TERAPI AURA SERI..



 

 

Kisah ini berlaku keatas pesakit saya yang mengalami masalah gangguan sihir.Beliau merasa tidak sedap badan dimana terasa pinggang sakit,bahu berat,kepala pening dan loya.Keadaan ini menyukarkan beliau untuk melakukan kerja seharian dan bekerja.Saya melakukan bekam sihir dan mendapati tapak bekam ada kesan kehitaman dan darah bertali.Selepas rawatan bekam saya ruqyah pesakit dengan rawatan aura seri dan selepas sahaja ruqyah beliau muntah yang bercampur dengan darah.Saya menasihatkan pesakit mandi air doa selama 3 hari berturut dan membuat rawatan susulan.


No comments:

Post a Comment