Bekam ialah satu proses mengeluarkan darah kotor atau angin atau kedua-duanya sekali dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu

Thursday 13 December 2012

SUNNAH QOULIYAH YANG MENGANJURKAN BERBEKAM


 
1.Dari Ibnu 'Abbas r.a:
"Kesembuhan itu terdapat pada tiga perkara yakni minum madu,sayatan alat bekam dan 'kay'dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay'

2. Dari Jabir bin 'Abdillah r.a:
"Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kamu,maka itu terdapat pada sayatan alat bekam,minuman madu atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit.Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'

3.Dalam riwayat tirmizi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi:
"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan ,kecuali mereka berkata,'Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!"

4.Dari Ibnu 'Abbas r.a:
"Tidaklah aku berlalu dihadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku ,"Muhammad ,hendaklah kamu berbekam!"

5.Tirmizi meriwayatkan dalam sunan-nya dari Ibnu Mas'ud yang berkata:
"Rasulullah SAW suatu ketika dulu ketika bercerita tentang malam ketika baginda diisra'kan ,bahawa baginda tidak berlalu  pada satu kumpulan Malaikat pun kecuali mereka menyuruh baginda dengan mengatakan,"Perintahkanlah umat kamu agar berbekam!"


No comments:

Post a Comment